Markas Medan Bersepadu

Markas Medan Bersepadu atau Unified Combatant Command (UCC) ialah sebuah markas pemerintahan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat yang merangkumi pasukan-pasukan tentera dari dua Jabatan Tentera dan mempunyai misi yang luas dan berterusan. Pemerintahan-pemerintahan ini ditubuhkan bagi menyediakan perintah dan kawal angkatan tentera AS secara efektif, tanpa menghiraukan cabang perkhidmatan, di masa aman dan perang. Ia disusun mengikut asas geografi (dikenali sebagai "Kawasan Tanggungjawab", (Area of Responsibility-AOR) atau mengikut asas kefungsian. UCC merupakan markas pemerintahan "bersama" dengan lencana spesifik yang melambangkan penggabungan mereka.Pelan Markas Bersepadu atau Unified Command Plan (UCP) dikemaskini setiap tahun sempena DOD Tahun Fiskal dan boleh mengubah suai kawasan tanggungjawab atau penjajaran pemerintahan medan atau tugasan. Sehingga bulan Ogos 2019, terdapat sebelas markas Pemerintahan Medan Bersepadu sebagaimana yang dinyatakan dalam Perkara 10 dan UCP tahunan terkini. Tujuh mempunyai tanggungjawab serantau (bergeografi), dan empat mempunyai tanggungjawab kefungsian (fungsional). Setiap kali Pelan Pemerintahan Bersepadu dikemaskini, penganjuran pemerintahan medan dikaji untuk kecekapan dan keberkesanan tentera, serta berketerampilan dengan dasar negara.Setiap pemerintahan bersepadu dipimpin oleh seorang Panglima Medan atau Combatant Commander (CCDR), yang berpangkat Jeneral atau Laksamana empat bintang. CCDR menggerakkan combatant command (COCOM), sejenis kuasa perintah yang tidak boleh dipindah milik ke atas tentera yang ditugaskan, tanpa mengira cabang perkhidmatan, yang hanya diperuntukkan pada CCDR oleh undang-undang persekutuan dalam 10 U.S.C. 10 / 164.html §  164 . Rantaian Pemerintah bagi tujuan operasi (mengikut Akta Goldwater–Nichols) bermula dari Presiden menerusi Setiausaha Pertahanan ke Panglima-Panglima Medan.